Monday, 15 June 2015

SaLaM RaMaDhAn Al- MuBaRak


Assalamualaikum...
Salam 1 Belia 1 Malaysia..
Dikesempatan ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol ingin mengucapkan
 SALAM RAMADHAN AL- MUBARAK
kepada semua umat islam yang menyambutnya,
semoga bulan ramadhan kali ini membawa lebih kemanisan kepada kita semua.....

Jangan lupa juga, ambil peluang ini untuk membuat amal kebajikan,
memperbanyakan membuat amalan-amalan sunat,
mudah-mudahan amalan kita diberkati Allah...

Moga bulan ramadhan kali ini,
mendidik hati dan diri kita menjadi orang yang sabar dan tenang,
membuka minda dan hati kita untuk memaafkan orang lain,
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol :)




Sunday, 19 April 2015

Festival Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2015


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Belia 1 Malaysia :)

Apa khabar para belia sekalian? harap semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pada bulan MEI yang akan datang akan berlangsungnya FESTIVAL BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN  pada :

Tarikh : 10 MEI 2015 (AHAD)
Tempat : PANTAI BATU 1 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Pelbagai acara yang boleh disertai oleh para pengunjung semasa karnival ini dijalankan. Antara acara yang boleh disertai oleh para pengunjung ialah :

  • FIT MALAYSIA RUN
  • ACARA KABADDI KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2015
  • ACARA SEPAK RAGA BULATAN KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2015
  • ACARA GASING SUKAN TRADISIONAL 2015
  • DLL
Borang penyertaan setiap acara ini boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan setiap daerah atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Menariknya adalah setiap acara yang dipertandingkan, penyertaan adalah percuma.... :) Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai setiap acara yang dipertandingkan yee.. :)

Diharapkan agar Festival Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2015 akan mendapat sambutan yang lebih hangat daripada golongan belia terutamanya, serta seluruh penduduk Negeri sembilan dari setiap daerah. Moh kito poei FESTIVAL Bolio kek PD yoo.. :)

untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi: 
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol :Tel 064581399

Sekian, untuk makluman semua.

Sunday, 15 March 2015

Jom Pergi ke Pesta Bukuu..!!!


 Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Satu Belia :)

Haii..apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Selamat bercuti pada adik -adik yang bersekolah, semoga adik - adik mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Adakah anda  minat dengan buku?
Adakah anda suka membaca?

Pada yang berminat dengan buku dan suka membaca.. pada hujung bulan Mac ini akan diadakan Pesta Buku anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)....Haaaa..pada adik- adik, remaja- remaja, para belia dan semua dijemput untuk memeriahkan pesta buku yang akan berlangsung hujung bulan ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku -buku yang menarik pada :

TARIKH: 25 MAC 2015 SEHINGGA 31 MAC 2015
TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL
MASA : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM

Semua dijemput hadir  untuk memeriahkan Pesta Buku yang akan berlangsung pada hujung bulan Mac ini... Datang yee..Jangan Tak Datang,.. Bawa Keluarga, Sahabat, Sedara-Mara sekali untuk berkunjung ke PESTA BUKU.. :)

 Jom Jadi Ulat Buku, Jom Membaca.....!!!
Banyak membaca, luas pengetahuan..!!



Sekian untuk makluman semua.

Monday, 19 January 2015

MOH KITO FIT @ FIT MALAYSIA NEGERI SEMBILAN


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Belia



Semua di jemput hadir  ke program MOH KITO FIT! 

Tarikh : 01 FEBRUARI 2015
Hari : AHAD
Masa : 6.00 PAGI - 6.00 PETANG
Tempat : Padang Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan 

Inilah permulaan ke arah yang lebih CERGAS, PANTAS dan KUAT...


Jangan lepaskan peluang ini, MOH KITO FIT!!
JOM DAFTAR SEKARANG..
https://ww.fit.my/content/events/sembilan_20150201/3620


Sekian untuk makluman semua :)