Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Satu Belia :)
Haii..apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Selamat bercuti pada adik -adik yang bersekolah, semoga adik - adik mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.
Adakah anda minat dengan buku?
Adakah anda suka membaca?
Pada yang berminat dengan buku dan suka membaca.. pada hujung bulan Mac ini akan diadakan Pesta Buku anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)....Haaaa..pada adik- adik, remaja- remaja, para belia dan semua dijemput untuk memeriahkan pesta buku yang akan berlangsung hujung bulan ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku -buku yang menarik pada :
TARIKH: 25 MAC 2015 SEHINGGA 31 MAC 2015
TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL
MASA : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan Pesta Buku yang akan berlangsung pada hujung bulan Mac ini... Datang yee..Jangan Tak Datang,.. Bawa Keluarga, Sahabat, Sedara-Mara sekali untuk berkunjung ke PESTA BUKU.. :)
Jom Jadi Ulat Buku, Jom Membaca.....!!!
Banyak membaca, luas pengetahuan..!!
Sekian untuk makluman semua.