Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Belia 1 Malaysia :)
Apa khabar para belia sekalian? harap semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pada bulan MEI yang akan datang akan berlangsungnya FESTIVAL BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN pada :
Tarikh : 10 MEI 2015 (AHAD)
Tempat : PANTAI BATU 1 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Pelbagai acara yang boleh disertai oleh para pengunjung semasa karnival ini dijalankan. Antara acara yang boleh disertai oleh para pengunjung ialah :
- FIT MALAYSIA RUN
- ACARA KABADDI KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2015
- ACARA SEPAK RAGA BULATAN KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2015
- ACARA GASING SUKAN TRADISIONAL 2015
- DLL
Borang penyertaan setiap acara ini boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan setiap daerah atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Menariknya adalah setiap acara yang dipertandingkan, penyertaan adalah percuma.... :) Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai setiap acara yang dipertandingkan yee.. :)
Diharapkan agar Festival Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2015 akan mendapat sambutan yang lebih hangat daripada golongan belia terutamanya, serta seluruh penduduk Negeri sembilan dari setiap daerah. Moh kito poei FESTIVAL Bolio kek PD yoo.. :)
untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol :Tel 064581399
Sekian, untuk makluman semua.