SELAMAT TAHUN BARU 2015
Sempena 1 Januari 2015, ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol ingin mengucapkan Selamat tahun Baru 2015 kepada semua penduduk Jempol serta kepada semua para belia di Malaysia..hehe.. Sempena tahun baru sudah pasti para belia sudah mempunyai azam dan harapan untuk diri dan juga orang disekeliling anda. Moga apa yang anda azamkan akan tercapai hendaknya :)
Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap para belia daerah Jempol terutamanya..Moga para belia sentiasa positif, produktif, bijak mencari peluang, berakhlak mulia, tidak mudah putus asa, sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain, cemerlang dan berjaya dalam apa jua yang diceburi :)
Dikesempatan ini juga, Pejabat Belia dan Sukan Daerah jempol melahirkan rasa simpati terhadap mangsa - mangsa banjir, semogo mangsa - mangsa banjir sentiasa sabar dan tabah untuk menghadapi kesulitan yang berlaku. Marilah sama-sama kita meringankan bebanan mereka dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan.
Di samping itu juga, salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat Air Asia baru - baru ini.
P/s : TAHNIAH kepada SUKARELAWAN BELIA yang terlibat dalam operasi membantu mangsa - mangsa banjir dan terima Kasih atas keprihatinan anda.. :)
Sekian untuk Maklumat Semua...