Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Belia :)
Pada hari ini 9 Disember 2014 sehingga 11 Disember 2014 akan berlangsungnya program "ROCK YOUR SPIRIT" peringkat Negeri Sembilan 2014 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol di talian 064581399 atau Puan Siti Alifah di talian 0123475966 :)
Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam
Pada 5 Disember 2014 telah berlangsungnya Program Gotong Royong Vaganza anjuran Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam bertempat di Pusat Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam. Tahniah kepada para Belia Megah kerana telah berjaya menjayakan program ini.
Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol berharap agar lebih banyak lagi program - program yang menarik yang akan dianjurkan oleh Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam serta persatuan - persatuan belia yang lain.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol akan terus memberi sokongan kepada persatuan - persatuan belia di daerah Jempol untuk terus maju.
Sekian untuk makluman semua~
No comments:
Post a Comment