Assalamulaikum.. Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam 1 Belia
Pada 2 Disember 2014, telah berlangsungnya Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 3/2014 bertempat di Felda Palong 1. Aktiviti Jelajah Sukarelawan Rakan Muda kali ini diisi dengan aktiviti gotong - royong serta menziarahi orang kurang upaya. Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Belia Felda (MBFM) Palong 1 dengan kerjasama KEMAS, Majlis Belia Felda dan Majlis Daerah Jempol.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan daerah Jempol mengucapkan Jutaan terima kasih terutamanya kepada Ketua kampung dan penduduk Palong 1, kepada Pengerusi MBFM Palong Satu iaitu En.Romy, Kepada Pn. Norzilah KEMAS, Majlis Daerah Jempol, kepada Tok Penghulu serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program Jelajah Sukarewalan Rakan Muda Siri 3 kali ini.
Oleh yang demikian, dengan adanya program dan aktiviti seperti ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol amat berharap agar pada tahun akan datang akan lebih ramai golongan belia yang akan menyertai dan memeriahkan program sukarelawan Rakan Muda.
Sekian Untuk Makluman Semua~
No comments:
Post a Comment