Wednesday, 31 December 2014

Selamat Tahun Baru 2015


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Satu Belia 

                   
                             SELAMAT TAHUN BARU 2015 

Sempena 1 Januari 2015, ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol ingin mengucapkan Selamat tahun Baru 2015 kepada semua penduduk Jempol serta kepada semua para belia di Malaysia..hehe.. Sempena tahun baru sudah pasti para belia sudah mempunyai azam dan harapan untuk diri dan juga orang disekeliling anda. Moga apa yang anda azamkan  akan tercapai hendaknya :)

Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap para belia daerah Jempol terutamanya..Moga para belia sentiasa positif, produktif, bijak mencari peluang, berakhlak mulia, tidak mudah putus asa, sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain, cemerlang dan berjaya dalam apa jua yang diceburi :)

Dikesempatan ini juga, Pejabat Belia dan Sukan Daerah jempol melahirkan rasa simpati terhadap  mangsa - mangsa banjir, semogo mangsa - mangsa banjir sentiasa sabar dan tabah untuk menghadapi kesulitan yang berlaku. Marilah sama-sama kita meringankan bebanan mereka dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan. 
 Di samping itu juga, salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat Air Asia baru - baru ini.


P/s : TAHNIAH kepada SUKARELAWAN BELIA yang terlibat dalam operasi membantu mangsa - mangsa banjir   dan terima Kasih  atas keprihatinan anda.. :)


Sekian untuk Maklumat Semua...



Tuesday, 9 December 2014

"Walk-In Interview" Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 11 DISEMBER 2014



Assalamulaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Belia..


 Para Belia lepasan SPM/SPMV yang 
berminat untuk "WALK-IN INTERVIEW"
untuk mengikuti Kursus Fabrikasi Logam dan Pemasangan Struktur Keluli 
atau 
Kursus Operasi Pemasangan Paip Gas (PPG) 
Di IKBN PEKAN, Pahang

Sekiranya para belia berminat,  sila bawa bersama Salinan sijil SPM/SPMV dan Kad Pengenalan  anda .Tarikh dan tempat Walk - in Interview adalah seperti berikut :

 Tarikh : 11 Disember 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 Petang
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jempol


Para Belia yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan, jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Datanglah ke Kompleks Rakan Muda Jempol untuk sesi temuduga nanti.. :)




Sekian untuk makluman Semua :)

Monday, 8 December 2014

Program "Rock Your Spirit" Peringkat Negeri Sembilan tahun 2014


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Belia :)

 Pada hari ini 9 Disember 2014 sehingga 11 Disember 2014 akan berlangsungnya program "ROCK YOUR SPIRIT" peringkat Negeri Sembilan 2014 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.


Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol di talian 064581399 atau Puan Siti Alifah di talian 0123475966  :)







Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam 


Pada 5 Disember 2014 telah berlangsungnya Program Gotong Royong Vaganza anjuran Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam  bertempat di Pusat Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam. Tahniah kepada para Belia Megah kerana telah berjaya menjayakan program ini.

 Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol berharap agar lebih banyak lagi program - program yang menarik yang akan dianjurkan oleh Belia Megah Kampung Baru Ayer Hitam serta persatuan - persatuan belia yang lain.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol akan terus memberi sokongan kepada persatuan - persatuan belia di  daerah Jempol untuk terus maju.




Sekian untuk makluman semua~


Wednesday, 3 December 2014

jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 3/2014


Assalamulaikum.. Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam 1 Belia

       Pada 2 Disember 2014, telah berlangsungnya Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 3/2014 bertempat di Felda Palong 1. Aktiviti Jelajah Sukarelawan Rakan Muda kali ini diisi dengan  aktiviti gotong - royong serta menziarahi orang kurang upaya. Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Belia Felda  (MBFM) Palong 1 dengan kerjasama KEMAS, Majlis Belia Felda dan Majlis Daerah Jempol. 

Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan daerah Jempol mengucapkan Jutaan terima kasih terutamanya kepada Ketua kampung dan penduduk  Palong 1, kepada Pengerusi MBFM Palong Satu iaitu En.Romy, Kepada Pn. Norzilah KEMAS, Majlis Daerah Jempol, kepada Tok Penghulu serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program Jelajah Sukarewalan Rakan Muda Siri 3 kali ini. 












Oleh yang demikian, dengan adanya program dan aktiviti seperti ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol amat  berharap agar pada tahun akan datang akan lebih ramai golongan  belia yang akan menyertai dan memeriahkan program sukarelawan Rakan Muda.




Sekian Untuk Makluman Semua~